Pelantikan Undang Rembau adalah dipilih daripada calon-calon dalam suku Biduanda. Di Rembau ada dua suku Biduanda yang menjadi waris pelantikan Undang iaitu Waris Jakun dan Waris Jawa. Waris Jakun adalah keturunan daripada Dato' Lela Balang yang bergelar Dato' Lela Maharaja. Manakala Waris Jawa pula adalah keturunan daripada Dato' Laut Dalam yang bergelar Dato' Sedia Raja. Pemilihan Undang Rembau adalah mengikut giliran kepada dua suku waris ini.
Undang Rembau pada masa ini dilantik pada tahun 1999 daripada keturunan Waris Jakun. Dato' Mohamad Sharif bin Othman yang lahir pada tahun 1941 adalah Undang Luak Rembau yang ke-21.

Dapat apartment dengan tiga bilik (RM360)...belum campur bilik air lagi tu. Check in pukul 3 petang. Sampai-sampai je, masing-masing yang kecik anak lagi ni dah tak sabar nak mandi kolam, nak mandi laut. Bawak kan aje la.. Padahal nak join sekali. ikutkan aje ragam anak-anak ni. Bukan nya selalu dapat mandi laut. Lihat lah aksi-aksi riadah bersama familinizam..






















