Info...

Undang Rembau.
Pelantikan Undang Rembau adalah dipilih daripada calon-calon dalam suku Biduanda. Di Rembau ada dua suku Biduanda yang menjadi waris pelantikan Undang iaitu Waris Jakun dan Waris Jawa. Waris Jakun adalah keturunan daripada Dato' Lela Balang yang bergelar Dato' Lela Maharaja. Manakala Waris Jawa pula adalah keturunan daripada Dato' Laut Dalam yang bergelar Dato' Sedia Raja. Pemilihan Undang Rembau adalah mengikut giliran kepada dua suku waris ini.
Undang Rembau pada masa ini dilantik pada tahun 1999 daripada keturunan Waris Jakun. Dato' Mohamad Sharif bin Othman yang lahir pada tahun 1941 adalah Undang Luak Rembau yang ke-21.

Percutian Keluarga

Dah lama tak pergi cuti-cuti malaysia... kali terakhir rasa nya pergi ke Cameron Highland. Percutian keluarga aku kali ni dekat je, tak jauh..nak jimat belanja punya pasal.Maka ke Mayang Sari Resort n Hotel di Port Dickson (16 - 18 Dis 2009) 3h2m.


Dapat apartment dengan tiga bilik (RM360)...belum campur bilik air lagi tu. Check in pukul 3 petang. Sampai-sampai je, masing-masing yang kecik anak lagi ni dah tak sabar nak mandi kolam, nak mandi laut. Bawak kan aje la.. Padahal nak join sekali. ikutkan aje ragam anak-anak ni. Bukan nya selalu dapat mandi laut. Lihat lah aksi-aksi riadah bersama familinizam..
Ada lagi di foto.









Sharp Shooter


Lord of The Rings

Kasut Zaman Moden

Ni satu lagi.... ntah dah habis pikir kot.. atau mungkin lahir nye idea-idea baru pada zaman sekarang. Mungkin satu hari nanti akan menjadi kegilaan para remaja Malaysia nie. Dek punya kreatif nye pereka-pereka kasut nie untuk mengeluar rekaan terkini.

Jet Peribadi Sultan Brunei

Dek punye kaya nye Sultan Brunie nie, kapal terbang dia pun dah macam hotel lima bintang..

Rumah aku pun kalah.. hmmm tinggal dalam kapal terbang je la.

Makanan Hiasan

Korang tengok la nie. Rasa sayang lak nak makan kalau dihias macam ni punya cantik.kreatif. Korang tengok je la.








































































































Beraksi Lagi...(poyo)

Boring duduk opis nie sorang2. Biasa-la, hujung2 tahun macam nie keje dah tak berapa nak ada..sikit-sikit jer.. aku pun mula la, tak tau nak buat apa... maka, aku pun bukak la blog nie... blog aku nie pun dah lama tak update.
Semalam (09 Nov 09') aku dapat call dari nombor telefon yang aku tak berapa nak kenal...nombor macam telefon rumah. aku pun jawab... rupa-rupa-nye, si Awe yang call.. kata-nye PTG nak buat friendly match badminton dengan Pej.Tanah Seremban.. jadi diorang jemput aku sekali... aku pun setuju jer.. aku pun dah lama tak 'beraksi' (poyo)... Friendly match tu diadakan kat dewan Wisma Negeri (SUK) pada 10 Nov 2009.. nak beraksi lepas waktu keje, lepas kul 5 petang...
"Kita nantikan keputusan-nye esok"
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Raya datang lagi.... kesempatan ini aku ingin memohon keampunan dan kemaafan kepada kedua mak dan ayah aku, isteri aku, adik beradik aku, sedara mara... kengkawan dan yang kenal aku nie.
Raya-raya jugak...jangan sampai sendat lak seluar tu nanti. Jangan nak mentedarah (melantak) sakan..

Kerja orang seni....

Nie la hasil kerja orang yang betul-betul berseni.... kerja seni nie memerlukan penumpuan yang tinggi selain kreatif.... sabar tu dah tontu la.... Macam aku nie memang tak berseni langsung.. kalau nak tengok lagi gambar-gambar menarik dan superb klik jer Foto...

Detik-detik Rasulullah dijemput Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yangdicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupunlangit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkansayap.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahaiumatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara padakalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akanmasuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yangtenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakarmenatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turunmenahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Alimenundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnyasudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hatisemua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesaimenunaikan tugasnya didunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergasmenangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turundari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringatdan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidakmengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimahyang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membukamata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu denganpandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagianwajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kataRasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat mautdatang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidakikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnyasudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah danpenghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" TanyaRasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telahterbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbukalebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masihpenuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" TanyaJibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatkukelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengarAllah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahanruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbahpeluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratulmaut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yangdi sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkanmuka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yangsanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yangtidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakansaja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." BadanRasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segeramendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakataimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat salingberpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembalimendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulaikebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'alaMuhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullahkepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agartimbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allahdan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada ituhanyalah fana belaka

Ha...kan dah putus!!

Setiap tahun sebelum menjelang Syawal, hari kemenangan bagi umat islam melawan hawa nafsu...akan kedengaran lah kita cerita budak-budak dan ada gak mak bapak budak (ade ke?) yang putus jari sane sini...... yang aku pelik kan tu nape yang sebelah pantai timur jer yang selalu masuk tv, masuk paper... Time aku dulu ade gak yang putus2 jari nie.... masa tu lagi hebat siap buat ala-ala bom sendiri... Diorang nie boleh lah dikategorikan macam Macgyver,Abu Saiyaf, JI.....ape-ape lagi la... Tiap kali nk raya mesti orang kita jer yang terbabit.... yang peliknya time raya cina ke, depavalli ke, krismas ke takde lak yang putus-putus jari nie... Nie menunjukkan orang-orang kita nie 'bogek'. Aku dulu ade gak mai-main mercun nie... Alhamdulillah la... nasib baik tak de ape-ape... Bukan setakat main mercun jer, meriam buluh, meriam tanah semua aku dah rasa..



Artikel Akhbar Tempatan :
Harian Metro

Mercun 20 sen mamah jari telunjuk

KOTA BHARU: Gara-gara bermain mercun bola berharga 20 sen, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hampir kehilangan jari telunjuk tangan kanannya selepas mercun itu meletup di tangan dalam kejadian di Kampung Dusun Raja, Panji, dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabkan Muhammad Naim Md Nor @ Ismail terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk menerima rawatan kecemasan.

Menurutnya, dia tidak menyangka tindakannya membeli mercun itu dengan wang syiling 20 sen yang ditemui di rumah membawa padah apabila jari telunjuknya cedera parah.

“Saya begitu gembira sebaik menemui wang berkenaan dan terus membeli mercun bola kerana sudah lama mengidam untuk bermain mercun.

Katanya, dia tidak pernah bermain mercun bola sebelum ini kerana bimbang terkena tangan, namun hari kejadian, dia begitu teringin bermain mercun itu.Menurutnya, dia bermain mercun itu sendirian di luar rumah tanpa pengetahuan ibunya yang sibuk menyiapkan juadah berbuka di dapur.

“Selepas mencucuh sumbu mercun itu, saya lihat ia tidak mengeluarkan api manakala sumbunya juga tidak menyala.“Saya ingatkan ia rosak kerana tidak menunjukkan tanda akan meletup,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sangkaannya meleset apabila mercun itu meletup di tangan sebelum sempat dilempar ke tanah dan mengeluarkan bunyi kuat.Menurutnya, selepas tangannya berdarah, dia terus naik ke rumah mencari ubat tanpa memberitahu ibunya.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan nama disiarkan, berkata dia tidak mengetahui anak ketujuh daripada lapan beradik itu bermain mercun bola kerana sebelum ini hanya bermain bunga api.

“Saya mengetahui kejadian itu selepas melihat tangan Muhammad Naim luka teruk dan darah menitik di lantai,” katanya.Katanya, dia terus menyapu ubat dan membalut tangan anaknya dengan kain bagi menghentikan pendarahan sebelum dibawa ke HUSM jam 7.30 petang kelmarin untuk rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian menimpa kanak-kanak terbabit.